Tuesday, December 15, 2015

Mengapa LED Nozzle Tidak Tahan Lama? DRL Mengganggu Pemanduan Pengguna Lain

LED Nozzle



Dulu saya pernah pasang nozzle untuk windshield yang mempunyai LED di dalamnya. Saya pernah pasang pada kereta lama dan kereta yang saya guna sekarang ini. Tapi masa tu, saya hanya beli dan pasang di kedai aksesori. Waktu itu, saya belum mengerti selok-belok tentang wiring elektrikal kereta, semua kerja diserahkan kepada kedai aksesori sebab pada pandangan saya mereka lebih tahu dan lebih banyak pengalaman.

Rupa-rupanya sangkaan saya ersilap. Seperti mana saya menyangka mereka hebat memasang sistem audio kereta dahulu, padahal nak memasangnya bukan susah sebenarnya.

Cerita pasal nozzle yang ada LED ni, pengalaman saya, ia tak pernah bertahan lama. Paling cepat, 3 bulan. Paling lama bertahan, setahun. Itupun dah tinggal sebelah. Nozzle sebelah lagi sudah tidak mengeluarkan lampu. Mungkin LED sudah terbakar kerana short dengan air - pada sangkaan saya.

Sebenarnya tidak. Setiap LED yang dipasang pada sistem elektrikal kereta memerlukan resistor. Jika anda melihat pekerja kedai aksesori memasang LED tanpa menggunakan resistor, cuba halang mereka. Itu cara yang salah. Tujuan resistor adalah untuk memastikan voltan yang disalurkan kepada LED itu adalah terkawal dan tidak melebihi beban maksima yang boleh ditanggung oleh LED tersebut. Mereka biasanya tidak mahu membuat kerja "extra" untuk anda. Apa yang mereka mau, barangan dapat dijual dan dipasang ala-kadar. Sebiji resistor bukannya mahal. anda boleh beli dengan harga tak sampai 50sen sebiji di kedai elektronik. Tapi oleh kerana kerja memasang resistor memerlukan solder, mereka skip langkah ini dan pasang terus LED itu kepada sistem wiring kereta anda. Ini menyebabkan LED tidak tahan lama.

DRL

DRL atau Daytime Running Light di Eropah memerlukan pemasangan relay. Relay ini akan merendahkan kuasa kecerahan lampu LED apabila memandu di waktu malam supaya tidak mengganggu pemanduan pengguna jalanraya yang lain. Relay ini berkomunikasi dengan lampu headlight kereta, apabila headlight dipasang, relay akan melaras kuasa pada lampu DRL supaya lebih rendah. Jika memandu di siang hari, DRL akan menyala pada kuasa penuh kerana cahaya matahari lebih cerah dari lampu DRL dan ia tidak beri kesan kepada pengguna lain. Tapi apa yang kita lihat di Malaysia hari ini, ramai yang memasang DRL tanpa relay. Ini menyebabkan pengguna lain marah dan menimbulkan rasa tidak senang ketika memandu kerana terganggu oleh cahaya DRL pada kuasa penuh di waktu malam lebih-lebih lagi ia dipasang pada sudut yang tinggi menyuluh terus ke mata pemandu lain. Ini juga adalah kerana penjual aksesori tidak bertanggungjawab kerana menjual DRL tanpa relay. Mereka cuma pasang terus kepada bahagian depan kereta. Saya pernah bertanya tentang DRL di sebuah kedai aksesori, saya tanya di mana relay, kata penjual, tak perlu pasang relay.


Friday, November 20, 2015

NASA Palsukan Imej Planet Saturn

Kali ni saya nak sembang sikit pasal hal yang agak lucu tapi serius. Ini kisah NASA (National Aeronautics & Space Administration) memanipulasi imej planet Saturn dan mendakwa ia adalah imej yang diambil dari kapal angkasa Cassini. Imej tersebut tersiar di laman web easmi NASA pada 12 November 2015 dan juga di laman web eksplorasi angkasa, www.americaspace.com

Saturn dari imaginasi NASA
Apa yang sangat menggelikan hati, jelas ia telah dimanipulasi menggunakan perisian komputer sama ada bitmap atau vector. Ia tak ubah seperti dihasilkan oleh pelajar yang baru berjinak dalam menggunakan Adobe Illustrator. Imej tersebut jelas dibuat untuk kelihatan cantik, bukan untuk kelihatan realistik (walaupun mereka cuba mendakwa ia gambar sebenar). Siapa saja di kalangan pakar grafik mahupun jurufoto dengan mudah akan mengatakan gambar ini bukan imej yang diambil dari kamera sebaliknya dihasilkan menggunakan perisian komputer.

Laman web rasmi NASA
Apa yang tambah melucukan, pespektif cincin planet (planet ring) kelihatan tidak betul dan kita tidak tahu sama ada cincin itu mengelilingi planet atau berada di luar planet?

Anda boleh lihat imej yang lebih dekat dalam gambar berikut di mana kelihatan seperti ada garisan outline di sekeliling planet yang sangat sempurna seperti lukisan vector. Ini sangat memalukan sebuah agensi yang mempunyai nama besar dengan bajet perbelanjaan tahunan bernilai berbilion dolar untuk program angkasa mereka.

Gambar vector - bukan imej asal
Apakah motif di sebalik semua ini? Saya pun tak pasti. Tapi ia jelas dipertikaikan oleh kebanyakan pakar dan saintis. Anda boleh rujuk di dalam Youtube bagaimana mereka mempersendakan imej Saturn dari kapal angkara Cassini ini.


Tuesday, November 17, 2015

Cara Pasang Kamera Kereta Untuk Gear Reverse / Undur



Ada seorang pembaca bertanyakan tentang sambungan wayar yang betul untuk camera reverse kerana menurutnya, skrin tidak memaparkan imej video dari kamera semasa gear reverse diaktifkan. Untuk melihat imej dari kamera, dia prlu menekan button pada head unit dan menukar setting kepada kamera. Ini memang menyusahkan jika tiap kali masuk gear reverse, perlu tukar paparan skrin secara manual. Sudah tentu ia ada suatu yang tidak kena.

Agak sukar untuk menjawab tanpa melihat sendiri bagaimana wayar disambungkan. Saya minta dia buat diagram mudah kemudian hantar melalui Whatsapp.

Saya tak pasti jenis kamera yang digunakan kerana terdapat berbagai jenis kamera kereta yang terdapat di pasaran. Saya perhatikan semua sambungan wayar berdasarkan diagram yang diberi dan tak nampak di mana silapnya. Kemudian, katanya ada satu wayar bertanda "Reverse" di belakang head unit dan wayar itu juga disambungkan kepada lampu reverse. Ini bermakna, beliau juga menyambungkan wayar positif dari kamera bersama wayar reverse dari head unit bersama dengan wayar lampu.

Barulah saya nampak di mana silapnya. Wayar reverse dari head unit itu adalah yang mengaktifkan paparan skrin dari kamera manakala wayar positif dari kamera yang sepatutnya disambungkan kepada sumber kuasa (power supply) iaitu wayar Aksesori.

Beliau maklumkan telah lakukan sambungan seperti yang saya cadangkan kemudian ia berfungsi dengan betul.

Gambar yang dihantar oleh beliau sebaik kameranya berfnngsi dengan betul 
Screenshot perbualan saya dengan beliau sebaik perubahan sambungan wayar memberi keputusan positif

Secara asasnya, untuk kamera jenis yang diguna untuk gear reverse, mesti ada wayar berikut:
1. wayar untuk video biasanya jenis RCA berwarna kuning disambungkan terminal video input di head unit
2. wayar hitam untuk Ground ke body kereta
3. wayar merah untuk power supply / standby
4. wayar merah juga untuk positif disambungkan ke lampu reverse. inilah wayar yang mengaktifkan skrin di panel lcd anda  

Saya minta maaf kepada pembaca semua kerana tulisan saya dalam artikel yang lalu di SINI, tak banyak fokus kepada sambungan kamera reverse sebaliknya lebih tertumpu kepada cara-cara memasang sistem audio.

Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana melakukan sendiri tanpa perlu mengeluarkan wang untuk mengupah orang lain lakukan.


Thursday, November 12, 2015

Cara Bypass Sekatan Video Playback Double Din

Tulisan saya berkenaan cara-cara memasang sistem audio video kereta mendapat sambutan menggalakkan dan merupakan post kedua tertinggi dilawati oleh pembaca setakat ini. Mungkin ramai yang berminat untuk mencuba memasang sendiri dan ada juga yang head unit mereka mengalami bermasalah dan tidak mahu hantar untuk dibaiki kerana kosnya mungkin lebih mahal.

Dalam tulisan saya berkenaan pemasangan sistem audio video kereta, rasa tidak lengkap jika saya tidak memberi panduan berkenaan wayar extra yang terdapat pada head unit jenis double din yang mempunyai skrin LCD.

Head unit double din dilengkapi dengan wayar Parking Brake Switch (PRK Sw) yang digunakan untuk membatalkan fungsi video playback semasa kereta sedang bergerak. Pengeluar head unit hanya cadangkan technician atau penjual menyambungkan wayar ini ke wayar lampu brek (hand brake/pedal brake).

Gambar dikirim oleh seorang pembaca blog ini iaitu En. Shakti Tharaan > Terima kasih kepada beliau kerana kongsikan gambar
Fungsi wayar ini ialah supaya sistem head unit tidak boleh memainkan video semasa kereta bergerak. Tujuannya adalah untuk keselamatan. Jika anda menonton movie semasa memandu, ia boleh membahayakan anda dan pengguna jalanraya yang lain. Tetapi fungsi ini boleh dimansuhkan dengan mudah dan selalunya penjual akan lakukan ini untuk anda.

Hanya sambungkan wayar PRK SW ini kepada GROUND dan sistem akan bypass ciri-ciri keselamatan itu lalu boleh memainkan video atau movie walaupun semasa kereta sedang bergerak.

Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan. Apa yang saya tulis ini hanya sebagai tips sahaja dan saya tidak galakkan anda atau mana-mana penjual aksesori lakukannya. Sebarang kerosakan atau kemalangan akibat dari artikel ini adalah di bawah tanggungjawab anda.

Tujuan mematikan fungsi ini boleh dilakukan hanya untuk dinikmati oleh penumpang, bukan pemandu. Sebagai pemandu, anda seharusnya menumpukan 100% perhatian kepada jalanraya.

Monday, November 9, 2015

Dunia Dicipta Bukan Untuk Left-handers


Saya dilahirkan kidal dan hidup saya sukar kerana hampir semua peralatan dicipta untuk kegunaan orang tangan kanan. Jika saya diberi pilihan masa lahir, saya akan pilih kanan sebab semua mesin membantu kerja manusia dicipta untuk orang tangan kanan. Tapi saya tak menyesal sebab ada kelebihan tertentu jadi kidal. Berikut antara benda yang saya terpaksa lalui setiap hari dan adakala menyukarkan terutama membaca vernier scale:
- zipper seluar - bahagian kiri zip ditutup dengan fabrik 
- butang baju - butang dijahit di bahagian kanan baju 
- poket baju kemeja - poket di sebelah dada kiri memaksa kidal melipat tangan kiri 180 darjah untuk mengambil barang di dalamnya 
- tali pinggang - kepala tali pinggang dibuat untuk memudahkan orang tangan kanan 
- gunting - orang kidal tak nampak apa yang dia sedang gunting 
- cutting blade dan pisau lipat - sama seperti gunting 
- vernier scale - alat pengukur yang agak sukar memaksa si kidal membiasakan dengan tangan kanan 
- mouse - button klik di sebelah kiri dibuat untuk si kanan menggunakan hari telunjuk menekan klik. 
- menulis dengan pen dakwat basah - anda sedia maklum 
- menulis dengan pensil arang - sama seperti pen 
- guitar dan kebanyakan alat muzik 
- pintu single panel - membuka pintu dari luar 
- pintu peti sejuk dan pintu ruang freezer 
- spoket basikal - perlu tenaga kaki kanan 
- tindakan mengetatkan nut n bolt - sangat janggal orang kidal memusing skru ikut arah pusingan jam
Saya akan tambah senarai dari semasa ke semasa. ik anda ada perkara lain untuk ditambah, sila beritahu saya.

Saturday, October 31, 2015

Struktur Sebenar Bangunan Kellie's Castle


Jika anda pergi ke Gopeng atau Batu Gajah, tidak sah jika anda tak pergi melawat ke bangunan lama yang diberi nama Kellie's Castle. Terletak kira-kira 7.7 km dari pekan Batu Gajah, atau 9 km dari RTC Gopeng, ia adalah sebuah bangunan klasik dengan ciri-ciri senibina Scotland. Diberi nama sempena nama pemiliknya, William Kellie Smith, berbagai versi cerita yang boleh kita dengar dari penduduk tempatan malah dari pemandu pelancung. Ada kisah mitos, ada kisah percintaan...dan berbagai lagi. Saya tak mahu cerita pasal itu. Jika anda berminat mendengar kisah mitos dan seram, anda boleh temui pihak yang berkenaan.

Apa yang saya nak tulis ini adalah pandangan saya sendiri berkenaan bangunan ini. Dari pemerhatian dengan membuat perbandingan dengan bangunan-bangunan klasik yang terdapat di Scotland yang masih wujud hingga hari ini, saya ada teori saya sendiri yang belum pernah diberitahu oleh orang lain termasuk pihak yang menjadi pengendali bangunan lama ini.

Pada pengamatan saya, apa yang anda lihat hari ini adalah kira-kira 30 hingga 50% dari pelan asal bangunan ini. Sebahagian besar lagi mungkin sudah roboh, rebah ke bumi atau ia belum sempat dibina. Memang mengikut teori pihak pengurusan, bangunan ini tidak pernah siap sepenuhnya. Jika ia belum siap, bagaimana ia pernah didiami oleh William Kellie dan keluarganya? Ia bercanggah dengan teori yang mereka cipta sendiri.

Jika anda pernah sampai ke sini lama dahulu, sebelum bangunan ini dibangunkan semula sebagai lokasi pelancungan, anda tentu pernah melihat kesan runtuhan dan puing-puing yang tertinggal di sebelah bangunan yang ada ini. Ia menunjukkan bahawa ada lagi struktur lain yang sudah tidak kelihatan.

Tidak Seperti Yang Anda Sangka

Jika anda masuk ke sini, anda perlu melalui sebuah jambatan sepanjang 20 meter sebelum mendaki sedikit untuk sampai ke bangunan klasik ini. Setelah melalui jambatan, anda akan melalui lantai diperbuat dari batu dan simen sepanjang 30 meter dan naik beberapa anak tangga. Sepanjang laluan, anda boleh melihat bangunan yang nampak teguh dan megah ini di sebelah kanan anda. Bagaimana jika saya kata apa yang anda lihat itu adalah bahagian belakang bangunan? Malah anda sedang melihat 50% sahaja bahagian belakang bangunan, manakala 50% lagi tidak wujud?

Benar. Inilah teori yang saya hendak beritahu anda. Berdasarkan senibina bangunan Scotland, ia biasanya berbentuk simetri. Bangunan yang ada sekarang tidak simetri. Di sebelah kanan ada menara berbentuk bulatan manakala sebelah kiri pula menara segi empat.  Ia tidak selaras dan tiada titik tumpuan.

Apa yang boleh diperkatakan, menara segi empat itu sebenarnya ialah menara tengah. Sebenarnya terdapat separuh lagi bahagian di sebelah kiri dengan binaan kembar mengandungi tingkap-2 dan menara bulat seperti di bahagian kanan. Ia bersambung ke arah kanan sehingga ke menara segi empat. Bahagian tengah yang diletakkan bendera di bahagian bumbung itu bukanlah menara. Ia hanya bilik yang sengaja dibina dengan saiz yang lebih besar dan tersmebul keluar untuk memberi lebih ruang dan variasi saiz bilik-bilik yang ada.

Untuk lebih jelas apa yang saya maksudkan, sila lihat illustrasi pelan yang saya hasilkan. Klik untuk besarkan. .



Jadi, jika apa yang anda lihat itu adalah bahagian belakang bangunan, anda tentu mahu tahu di mana bahagian depannya. Bahagian depan bangunan sebenarnya terletak lebih jauh dari itu. Ia terletak di bahagian selatan dan apa yang tinggal sekarang ialah lantai konkrit dan sebahagian dinding masih wujud hingga hari ini.

Kira-kira 110 meter atau 360 kaki di 'belakang' bangunan yang ada sekarang adalah pintu gerbang utamanya. Anda masih boleh temui tinggalan sebahagian runtuhan pintu gerbang batu ini jika anda meneroka jauh ke 'belakang' berhampiran ladang sawit.

Jika teori saya ini boleh diterima pakai, maka barulah ia menepati ciri-ciri binaan bangunan 'manor' atau rumah agam klasik ala-Scottish. Bahagian belakangnya adalah dinding simetri, menara segi empat di tengah, dengan dua menara bulat, satu di kanan (masih boleh dilihat dari jambatan) dan satu lagi di kiri (sudah tiada atau belum siap).

Ini sebenarnya bahagian belakang. 
Untuk membuktikan dakwaan saya, perhatikan 2 bucu menara segi empat yang terdedah , terdapat seperti sambungan bata yang tidak selesai, kelihatan seolah-olah ada sambungan binaan lain di bahagian itu.


Gambar di atas menunjukkan titik sambungan bata yang tidak sekata seolah ada sambungan yang hendak dibuat menuju ke menara bulat sebelah kiri.
Bahagian yang menghadap jalanraya hari ini juga tidak mempunyai pintu masuk utama yang biasa bersaiz besar dengan ketinggian pintu tidak kurang 10 kaki. Yang ada cuma pntu kecil di sebelah menara segi empat yang terletak dalam kedudukan yang agak terlindung. Ia boleh dianggap bukan pintu utama. Ia adalah pintu belakang istana.

Kedudukan pintu untuk menuju ke sayap bangunan sebelah kiri hingga ke menara bulat yang telah lenyap



Mungkin ada yang akan tanya mengapa bina rumah membelakangi jalanraya? Sebenarnya menurut penduduk tempatan, jalanraya yang ada sekarang ini hanya wujud selepas zaman Kellie berlalu. Pada masa itu, jalan mungkin terletak berdekatan lokasi pintu gerbang utama yang saya maksudkan..

Lukisan ini tidak mengikut scale sebenar. Hanya gambaran untuk menguatkan teori saya



Struktur sebenar rumah agam William Kellie dilihat dari jambatan

Jika anda perhatikan lagi, terdapat sebuah pondok baru yang dibina di sebelah kiri, kira-kira jarak pondok itu seperti ia terletak di atas tapak menara bulat yang satu lagi yang saya maksudkan Itulah  sepatutnya sambungan sebenar untuk menara bulat di sebelah kiri. Ketinggian lantai pondok itu juga kelihatan mendatar sama rata dengan bangunan yang ada.


Ciri-ciri bahagian hadapan bangunan Scottish klasik dengan bentuk simetri
Menara segi empat di tengah dan menara bulat di kiri dan kanan. Perhatikan ketinggian pintu masuk utama di menara tengah. 

Maka, jika anda diberitahu bahawa bangunan yang masih tinggal hari ini adalah saiz bangunan yang sebenar, anda patut berfikir kembali. Jika ia saiz sebenar, adalah agak kecil untuk sebuah manor. Dan jika ia adalah 50% dari saiz sebenar, 50% lagi sudah roboh atau belum siap dibina, ia masuk akal.






Wednesday, October 28, 2015

Diagram Wiring Sistem Audio Kereta


         

Bagi yang mungkin belum jelas tentang pemasangan sistem audio kereta, kali ini saya nak share diagram untuk memudahkan anda memahami wiring dari bateri, head unit hingga ke kereta. Anda boleh download dan gunakan sebagai panduan. Jika ada masa nanti, saya akan share diagram pemasangan bersama active crossover, amplifier, dan juga ada yang bertanya tentang kegunaan capacitor yang berbentuk silinder sebesar betis kaki manusia itu.

Untuk diagram pertama ialah pemasangan asas tanpa crossover dan amplifier. Diagram kedua dengan passive crossver tanpa amplifier.





Diagram Asas Tanpa Amplifier/Crossover





Diagram Dengan Passive Crossover








Monday, September 14, 2015

D.I.Y. Cara Pasang Sistem Audio Video Kamera Kereta - Perkara Yang Kedai Aksesori Kereta Tidak Mahu Anda Tahu

Baru-baru ni saya ada lebih masa yang terluang dan saya gunakan sebaik-baiknya untuk memulihkan sistem audio kereta saya. Kereta dah lama sunyi sepi tanpa muzik sebab semua wayarnya saya dah tarik keluar. Puncanya, nampak semak. Pekerja kedai aksesori yang pasang dulu buat kerja cincai. Semua wayar disumbat ke dalam dashboard dalam keadaan berselerak, tak terurus dan akhirnya menyebabkan ada bunyi bising macam naik pesawat. So, nak puas hati, saya humban semua wayar tu keluar, biar takde radio daripada bunyi bising menyakitkan telinga. Dah bertahun kereta saya tak ada bunyi radio. Bila nak dengar lagu, pasang dari handphone atau tablet je. Sedihnyeee....

Sekarang saya dah pulihkan semula sistem audio tu, D.I.Y. Buat sendiri tanpa bantuan sesiapa dan tak perlu kedai aksesori untuk buat wiring dari head unit ke crossover ke amplifier sampai ke speaker.

Saya tak buat bisnes pasang sistem A/V kereta jadi tak salah saya kongsi info ini dengan mereka yang lebih suka D.I.Y. dan hasilnya akan lebih memuaskan hati berbanding dipasang oleh orang lain. Saya belajar dari forum Honda-tech.com. Kat sana, banyak ilmu boleh ditimba. Saya pun ada share gambar-gambar kereta di sana. Mat Saleh ni tak kedekut ilmu. Selamba je dia share tutorial. Dia tak ada rasa hasad dengki. Ada juga soalan yang saya tanya mereka tak boleh nak jawab. Sebab, aksesori tak sama. Contohnya, saya tanya pasal crusie controller, model cruise controller untuk pasaran negara mereka tak sama dengan negara kita walaupun kereta jenis yang sama.

Sebenarnya nak pasang sistem audio kereta sendiri tak susah - jika anda tahu kegunaan dan fungsi setiap jenis wayar yang ada. Kalau ajar anak yang berumur 12 tahun, mereka pun tau pasang. Kali ini saya akan jelaskan satu persatu jenis-jenis wayar standard yang ada pada sistem stereo kereta.

Kedai aksesori mungkin tak suka dengan tulisan saya ini sebab pada hakikatnya, kita sebenarnya boleh pasang sendiri alat entertainment kereta tanpa memerlukan pengetahuan tahap tinggi. Di sini, saya nak kongsi panduan atau tutorial dengan pengunjung blog ini bagaimana nak buat wiring sendiri tanpa perlu mengharapkan orang lain dan anda boleh jimat wang yang banyak.

Sebelum mula, biar saya senaraikan perlalatan yang perlu atau wajib ada di tangan terlebih dahulu: Senarai peralatan adalah seperti berikut:

Alat yang MESTI ada:
  1. Insulation Tape 
  2. wayar 2 core - panjang secukupnya. biasanya wayar 2 core datang dengan dua warna  - merah dan hitam atau satu warna ditanda dengan jalur pada salah satu supaya kita dapat membezakan antara wayar positif dan negatif. Nanti saya akan jelaskan berkenaan wayar positif dan negatif ini
  3. Soldering Iron dan Solder Lead 
  4. Cutting Plier   
  5. Multimeter  
  6. Screwdriver (Philip atau flat ikut jenis skru yang digunakan)
  7. Spanar soket pelbagai saiz untuk membuka dan bawa keluar kerusi kereta (jika anda perlu mengeluarkan kerusi kereta, jangan khuatir - ia tak sukar sebenarnya jika anda diberitau caranya)
  8. Alat bantuan untuk membuka cover interior jika ada yang tak boleh dibuka dengan tangan. Jika anda tiada peralatan ini, anda boleh cuba gunakan peralatan lain yang sesuai dan pastikan alat anda tidak mencalar atau merosakkan dashboard.  
  9. Head Unit Removal Key (biasanya datang sepasang bersama head unit baru anda, diguna untuk mengeluarkan head unit dari panel dashboard) 
    Head Unit Removal Key
  10. Cable Ties  
  11. Masa - of cos. ini yang paling penting. Jika anda tiada masa, jangan lakukan  
Jika anda memiliki alat berikut merupakan kelebihan:
  1. mesin gerudi tangan (hand drill)
  2. kit wire crimper dengan terminal wayar
  3. wire connector secukupnya
  4. solder flux
  5. wire sleeve atau sleeving tube
Jika anda membeli head unit CD/DVD yang baru, biasanya ia datang dengan satu plug wire harness dan di belakang head unit itu terdapat soket untuk wire harness dan sekurang-kurangnya 2 terminal RCA iaitu Left & Right. Hanya head unit jenis lama saja (mungkin 30 atau 40 tahun dulu)  tiada connector RCA.

Wire harness ini berbeza-beza jumlah pin mengikut jenis kereta tapi fungsi setiap wayar lebih kurang sama dan warna juga tak banyak berbeza. Untuk CD head unit, biasanya 16 pin. Kalau ada DVD atau sistem android, 18 pin atau lebih. saya tak pasti. tapi jangan bimbang, semua kegunaannya ada dinyatakan dalam manual.

Wire Harness Buatan Aftermarket - Pengenalan
Setiap wayar berwarna yang datang bersama head unit jenama aftermarket (bukan aksesori standard kereta anda) mengandungi sekumpulan wayar berbagai warna digabungkan ke dalam satu plug dipanggil wire harness. Berikut fungsi setiap wayar mengikut warna:

1. Kuning - wayar untuk disambungkan ke bateri kereta
2. Merah - wayar untuk disambung kepada ACC switch atau kunci ON sistem elektrikal kereta
3. Hitam - ground
4. putih - speaker depan kiri +ve
5. putih jalur hitam - speaker depan kiri -ve
6. kelabu - speaker depan kanan +ve
7. kelabu jalur hitam - speaker depan kanan -ve
8. purple - speaker belakang kanan +ve
9. purple jalur hitam - speaker belakang kanan -ve
10. hijau - speaker belakang kiri +ve
11. hijau jalur hitam - speaker belakang kiri -ve
12. biru jalur putih - disambung ke motor kuasa antena radio kereta. jika antena radio kereta tk menggunakan motor, abaikan wayar ini. balut hujungnya yang terdedah dengan insulation untuk elak dari litar pintas
13. biru - sambung ke terminal remote amplifier jika anda guna amplifier. Jika tiada amplifier, balut dengan insulation tape

Setengah wire harness mengandungi wayar berwarna oren. Wayar ini untuk illumination disebut dimmer, iaitu kecerahan skrin akan dikurangkan jika anda memasang lampu kereta ketika memandu di waktu malam. Ini untuk mengelakkan distraction dan tidak mengganggu pemanduan anda. Jika anda tidak mahu gunakan, kerana anda memang pemandu yang baik dan sentiasa fokus, balut dengan insulation tape.

Jika anda bilang, semuanya ada 13 sahaja. sebenarnya walaupun ada 16 pin, bukan semua terminal mempunyai wayar. Ada yang dibiarkan kosong kerana fungsi untuknya diabaikan. dan ada setengah head unit mempunyai 18 pin. Jangan bimbang, semua maklumat ini ada diberitahu dalam manual pemasangan yang datang bersama head unit yang anda beli.

Wire Harness Standard Dari Dasboard
Kini masa untuk pelajari wire harness dari dashboard kereta anda pula. Bahagian ini agak mengelirukan tapi ia tak susah. Yang ini penting. Perlu diketahui bahawa ada kereta menggunakan color code yang berbeza dengan head unit aftermarket. Anda perlu semak diagram elektrkal kereta anda, buat carian di internet mengikut jenis kereta dan tahun, atau gunakan multimeter untuk pastikan fungsi setiap wayar yang keluar dari dashboard.

Untuk kereta Proton Satria lama, wayar untuk bateri ialah putih berjalur hitam. Untuk kereta Malaysia yang baru, saya tak pasti. Anda boleh rujuk kepada pengeluar atau lihat sambungan sedia ada. Biasanya pada head unit ada ditunjukkan. Untuk Honda, wayar bateri ialah biru berjalur putih.

Jika kereta anda masih mempunyai head unit standard di dalamnya, maka ia lebih mudah kerana sebelum anda keluarkan head unit itu dari kereta, anda perlu lihat dulu sambungan wayar sedia ada Dengan itu anda dapat kenalpasti setiap wayar mengikut warna. Lebih baik catit atau tandakan/tag wayar itu sebelum memotongnya. Wayar yang keluar dari dashboard juga biasanya mempunyai wayar bateri, ACC, antena, speaker depan belakang kiri dan kanan. Cuma warnanya mungkin berbeza dengan head unit baru anda.

Antena Radio
Kepala antena radio dari dshboard standard

Cable untuk antena radio biasanya diasingkan dari wire harness. Ia mudah dikenali kerana diameter lebih besar dan plug berbeza dari semua wayar yang ada.











Video Out Connector / Reverse Camera
Jika head unit anda jenis DVD player yang boleh memainkan video, pasti terdapat satu connector untuk Video Out di belakang head unit. Sambungkan Video Out dengan RCA cable ke monitor anda. Jika anda menggunakan head unit jenis double din yang mempunyai touch screen, dan anda memasang kamera pada body kereta anda, tak kira kamera untuk reverse atau kamera tersembunyi, sambungkan wayar dari kamera kepada connector Video In pada head unit. Wayar yang keluar dari kamera juga biasanya mempunyai 3 iaitu positif, remote untuk kuasa dan ground. Untuk mengaktifkan kamera hanya semasa anda reverse kereta, buat sambungan T (T-joint) wayar positif dari kamera ke wayar positif untuk lampu reverse. Lampu reverse ialah lampu putih di belakang kereta anda. Apabaila anda masuk ke gear reverse, kamera akan diaktifkan secara autmatik bersama lampu reverse anda dan ia keluar di skrin head unit anda. Ia akan kembali ke skrin asal apabila gear reverse dibatalkan.

Untuk kamera yang anda gunakan sebagai CCTV, seperti rakaman pemanduan, biasanya terminal output dari kamera menggunakan cable RCA berwarna kuning. Cuma cucukkan cable output ini kepada terminal input video pada head unit anda.

Mudah bukan?
Update: Untuk info lebih lengkap berkenaan pemasangan kamera reverse, sila lihat artikel klik di SINI

Cara-Cara Memasang Head Unit Baru
Langkah 1 
Tanggalkan wayar dari terminal negatif bateri kereta.
Sebelum anda keluarkan head unit yang lama, pastikan anda cabut wayar negatif bateri kereta anda sebagai langkah keselamatan. Anda tak perlu keluarkan bateri. Memadai dengan menanggalkan terminal negatif dan jauhkan dari bateri atau cover dengan plastik, fabrik atau bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik. 
Langkah 2 
Ini langkah penting. Baca langkah berikut dengan teliti. 
Keluarkan head unit yang lama. Gunakan removal pin dan tarik keluar kira-kira 6 - 8 inci ke arah anda dan pastikan sambungan wayar sedia ada tidak terputus atau tercabut. Jika head unit kereta anda berada di belakang panel dashboard seperti kebanyakan kereta baru, anda perlu membuka panel dashboard terlebih dahulu. Maka anda ada langkah tambahan yang perlu dilakukan. Setengah kereta lebih straightforward. Tidak perlu buka panel. 
Langkah 3 
Setelah menarik keluar head unit, perhatikan sambungan wayar sedia ada dan buat catitan. Jika head unit lama anda menggunakan wire harness yang sama dengan head unit baru, kerja anda lebih mudah. Tak perlu potong wayar, cuma cabut wire harness dari head unit lama dan plug-in saja ke head unit baru anda. Anda boleh terus lompat ke "Langkah 6" di bawah.
Jika tiada wire harness atau jumlah pin wire harness sedia ada berbeza, anda perlu ikuti langkah-langkah bermula dari sini.   
Perlu diingat, jangan potong wayar antena radio dari dashboard. Wayar antena radio adalah sama dan anda cuma perlu plug-in saja ke head unit yang baru. 
Hati-hati jangan tarik head unit lama terlalu jauh keluar, ia akan memutuskan sambungan wayar itu dan anda perlu lebih masa untuk kenalpasti satu persatu. Perlu diketahui wayar speaker biasanya berkembar mempunyai warna yang sama kecuali salah satu ditanda dengan jalur hitam atau putih, merrah atau kadangkala jalur biru untuk membezakan antara terminal positif dan negatif. Anda juga perlu ketahui yang mana satu wayar bateri, wayar aksesori dan wayar ground. 
(Kemaskini 23 Ogos 2016) Bagi kereta jenis baru dengan head unit OEM, kebanyakan menggunakan wayar yang sama warna iaitu putih. Jika anda dapati keadaan demikian, maka cara yang lebih cepat ialah, pergi saja ke kedai aksesori dan dapatkan adapter untuk head unit OEM tersebut mengikut jenis kereta. Adapter tersebut sudah disesuaikan dengan head unit OEM anda, cuma anda perlu buat sambungan wayar dari adapter tersebut ke head unit baru anda mengikut warna. Gambar ialah adapter untuk Nissan Navara. Ia termasuk adapter untuk antena radio. 
Langkah 4 
Potong Wayar.
Setelah merekod sambungan mengikut warna wayar, kini anda boleh memotong sambungan wayar antara dashboard ke head unit yang lama. Biarkan wayar dari dashboard mempunyai lebihan panjang untuk memudahkan anda menyambung wayar itu ke head unit yang baru. Jika tidak cukup panjang, anda perlu buat sambungan wayar supaya ia lebih panjang dan memberi sedikit kelegaan terhadap tindakan menarik dan meletakkan head unit baru ke dalam dashboard. Apabila menyambung wayar ini, lebih baik gunakan solder dan jadikan ia sambungan kekal. 
Langkah 5 
Buat sambungan wayar ke head unit yang baru anda mengikut fungsi wayar masing-masing. Wayar bateri ke bateri. Wayar speaker ke speaker. Wayar aksesori ke aksesori. Biasanya head unit baru mempunyai built-in amplifier dan anda boleh terus sambung ke speaker. Jika anda mempunyai amplifier yang lebih berkuasa dari kuasa built-in, anda boleh gunakan sambungan RCA dari belakang head unit terus ke amplifier. Sambungan RCA biasanya ada 2 iaitu kiri dan kanan.   
Untuk kereta jenis lama yang tiada wayar aksesori, anda boleh hubung wayar bateri (biasanya warna kuning) dan wayar aksesori (merah) bersama dan sambungkan terus kepada bateri kereta. Wayar kuning adalah wayar constant power dimana head unit anda perlukan sedikit kuasa dari bateri setiap masa walaupun enjin kereta dimatikan. Ini bertujuan untuk kesinambungan jam dan memori jika anda menyimpan memori stesen radio dan setting lain pada head unit. Jangan bimbang bateri kereta anda tak habis cepat kerana yang diperlukan sangat sedikit. Ia hanya perlukan kuasa ibarat bateri jam tangan yang tahan bertahun-tahun lamanya. 
Pastikan anda lakukan langkah ini dengan betul. Pastikan juga wayar hitam (ground) disambung ke body kereta di permukaan logam yang tidak dilapisi cat untuk membenarkan arus mengalir. Wayar ground bertindak sebagai terminal negatif untuk litar sistem audio anda. Jika tidak, head unit anda tidak akan berfungsi. Cari tempat yang kukuh dan stabil untuk sambungan ground. 
Untuk sambungan wayar ke setiap speaker, saya sarankan anda solder setiap sambungan dan saluti dengan sleeving tube. Untuk sambungan ke bateri dan ACC, gunakan plug connector. Kini terdapat jenis penyambung wayar di pasaran yang tidak memerlukan solder atau skru dan mudah dibuka dan boleh diguna berulang kali seperti dalam gambar di bawah. Ia dipanggil spring connector. 


Langkah 6 
Kemaskan semua sambungan wayar. Balut semua sambungan solder dengan insulation tape. Jangan sambung wayar dengan memintal dengan tangan seperti yang biasa dilakukan oleh kedai aksesori. Sambungan pintal tidak stabil, boleh menjejas kualiti bunyi apabila kereta berada di jalan yang tidak rata. INGAT! Semua sambungan wayar speaker perlu solder atau gunakan connector yang kukuh. 
Ikat wayar dengan cable tie dan susun mengikut kategori supaya ia mudah dikenalpasti. Pastikan amplifier dipasang pada tempat yang stabil, seeloknya di atas sekeping board papan plywood. Gunakan gerudi untuk menebuk lubang pada papan untuk membenarkan wayar menembusinya dan wayar yang berlebihan terlindung dari pandangan. Elakkan menebuk lubang pada mana-mana bahagian kereta anda seperti yang biasa dilakukan oleh kedai aksesori. Mereka tak peduli kerana itu bukan kereta mereka. Lubang yang ditebuk lama-kelamaan akan mendedahkan kereta kepada karat. 
Dahulu, saya pernah pasang bumper depan kereta Honda Civic dan CD changer di dalam bonet belakang di kedai aksesori, mereka gerudi body kereta dan akhirnya tempat gerudi itu sudahpun berkarat. Bumper hanya disambung denga rivet aluminum, iaitu jenis sambungan yang lemah. Ini kerja yang tidak berkualiti. Saya sudah lapisi lubang itu dengan minyak gris harap ia dapat bertahan dari berkarat lebih teruk.. 
Langkah 7 
Gunakan satu fuse jenis AGU dengan holder sebagai protection di antara bateri ke seluruh sistem audio anda termasuk head unit dan amplifier anda. Fuse jenis gold-plated adalah terbaik. Sambung semula terminal negatif bateri. Masukkan kunci kereta dan pusing ke ON. Lihat sama ada head unit baru anda berfungsi. Uji semua speaker supaya semua berfungsi. Jika tidak, anda perlu periksa semula sambungan wayar yang anda lakukan. Cabut terminal negatif bateri terlebih dahulu sebelum periksa. Jika anda sudah pastikan semua sambungan dibuat dengan betul tapi masih tidak berfungsi, cuba sambung dua wayar bateri (merah) dan kuning +12V selari dan hubungkan kepada wayar aksesori..  
Fuse AGU (dalam bulatan) dari bateri disambung kepada distribution block

Selepas semuanya berfungsi, pasang semula semua cover bahagian yang berkenaan. Tahniah kerana anda telah berjaya memasang sistem A/V kereta anda sendiri.    

Wayar Positif & Negatif
Biasanya, wayar positif untuk speaker mempunyai satu warna solid manakala wayar negatif ditandakan dengan jalur. Kebiasaan amalan kedai aksesori di Malaysia, mereka jadikan wayar berjalur sebagai positif manakala wayar berwarna solid sebagai negatif. Ia tidak mengikut standard pengeluar. Biasanya jika diperhatikan manual pengguna yang datang bersama set head unit baru anda, wayar negatif ditandakan dengan jalur atau garisan putus-putus. Jadi lebih baik ikut standard pengeluar.

Sambung wayar berjalur ke termnal negatif pada speaker dan wayar warna penuh kepada terminal positif pada speaker. Jika anda lakukan sebaliknya, ia tidaklah merosakkan speaker tapi speaker anda akan menghalakan gelombang bunyi ke belakang. Jangan sambung wayar positif dengan negatif bersama tanpa speaker.

Pastikan semua sambungan telah dibuat sebelum anda menyambungkan terminal bateri.

Perbezaan Wire Harness Dengan RCA Connector
Setengah head unit mempunyai kedua-duanya. Anda boleh gunakan keduanya atau salah satu. Jika anda mempunyai amplifier, gunakan RCA cable untuk menyambung dari head unit ke amplifier. Connector RCA membawa isyarat low level atau mono manakala wayar speaker dari wire harness head unit anda membawa isyarat high level atau stereo dan anda boleh sambungkan terus ke speaker tanpa perlukan amplifier. Tapi kelemahannya dari segi kuasa yang dikeluarkan biasanya tidak sampai 100Watt manakala kuasa yang keluar dari amplifier boleh melebihi 1000Watt bergantung kepada amplifier anda gunakan. Itulah tujuan amplifier digunakan, untuk meningkatkan kuasa atau menguatkan bunyi speaker anda.

Wire Harness Kenwood


RCA Input di belakang head unit
Jika anda hanya gunakan RCA jack untuk speaker, pastikan anda seal setiap hujung wayar harness untuk speaker dari head unit agar tidak berlaku litar pintas. Jika berlaku, ia boleh merosakkan head unit baru anda.

Saya menggunakan wire speaker dari head unit untuk speaker depan kiri dan kanan manakala untuk subwoofer saya sambungkan ke amplifier menggunakan cable RCA. Head unit saya jenis Sony, memiliki built-in amplifier dan pre-amp, menghasilkan kuasa output 52Watt x 4 channel. Kerana saya gunakan untuk speaker depan kiri dan kanan, saya hanya gunakan 2 channel sahaja iaitu 104Watt dan ia sudah cukup kuat untuk pemandu dan penumpang di dalam kereta. Kecuali jika anda mahu bunyi speaker anda boleh didengar dari luar kereta, anda perlukan kuasa Watt yang lebih tinggi - mungkin 300 ke atas.   

Sambungan Ke Amplifier
Jika anda ada amplifier, sambungan lebih kompleks tapi ia tak sesukar yang anda sangka. Semuanya ada dinyatakan pada manual dan juga pada terminal amplifier tersebut. Anda cuma perlu tahu dimana kedudukannya. cable RCA L & R yang keluar dari head unit dihubungkan ke terminal input L & R pada amplifier anda. Dari amplifier, ada terminal positif dan negatif untuk disambungkan terus ke speaker anda.

Sambungan yang bertanda REM pada amplifier bermaksud Remote dihubungkan ke wayar Remote pada head unit manakala GND atau Ground pada amplifier dihubungkan ke body kereta. Terminal BATT adalah untuk disambung ke bateri atau distribution block.

Distribution Block

Jika anda mempunyai berbilang amplifier dan menggunakan active crossover, anda tak seharusnya membuat banyak sambungan wayar kepada terminal positif bateri anda. Anda boleh gunakan distribution block di mana hanya satu wayar diperlukan menghubungkan bateri ke block ini, Kemudian distribution block ini akan mengagihkan kuasa yang datang dari bateri kepada berbilang amplifier termasuk crossover anda. Seeloknya dapatkan block yang mengandungi fuse. Jika anda membuat sambungan sebegini, pastikan anda gunakan wayar yang lebih tebal agar ia dapat menampung keperluan berbilang perlatan yang anda gunakan.

Amplifier vs Speaker
Jika anda berangan-angan untuk mendapatkan kuasa amplifier yang besar seperti 800Watt atau 1000W ke atas, anda perlu padankan dengan kemampuan speaker anda. Jika spekaer hanya mampu menampung beban 500Watt, lupakan saja hasrat itu kecuali anda tukar kepada speaker yang mampu dan sepadan dengan kuasa yang dibekalkan. Bagaimanapun, label Watt yang ditunjukkan hanya kuasa maksimum yang boleh dihasilkan oleh amplifier tersebut. Untuk kenal pasti kuasa Watt yang sebenar, biasanya pengeluar menyatakan jumlah RMS atau MOSFET.

Audio Crossover

Jika anda menggunakan crossover, sistem audio akan lebih baik dan sedikit dapat membantu memelihara speaker anda dari blown-out. Fungsi crossover adalah menapis dan membahagikan frekuensi audio untuk jenis speaker yang sesuai. 3-way crossover contohnya memisahkan 3 jenis isyarat audio iaitu untuk tweeter, woofer dan subwoofer. Ini bermakna crossover hanya menghantar isyarat frequensi tinggi kepada tweeter, frekuensi sederhana kepada woofer dan frekuensi rendah (bass) kepada subwoofer.

Passive crossover

Active crossover
Crossover ada 2 jenis. Satu dipanggil passive dan satu lagi active. Passive crossvoer disambungkan terus kepada terminal positif dan negatif speaker tanpa amplifier. Active crossover dihubungkan di antara head unit dan amplifier. Active crossover memberi anda lebih kawalan kepada sistem audio anda.

Cara Memasang Active Crossover
Seperti head unit dan amplifier, crossover juga mempunyai terminal BATT/REM/GND. Sambungkan terminal BATT ke distribution block yang mendapat bekalan kuasa dari bateri, terminal REM ke wayar remote di head unit, dan Ground ke permukaan logam tanpa cat di chasis/body kereta anda. Anda boleh juga gunakan distribution block yang lain khas untuk GROUND sahaja. Untuk block Ground, anda tidak perlukan fuse.

Wayar RCA left & right yang keluar dari head unit dihubungkan kepada terminal input left & right pada crossover. Kemudian sambungkan dengan wayar RCA yang lain isyarat frekuensi rendah dari crossover kepada amplifier di mana anda mahu gunakan untuk subwoofer anda. Kemudian isyarat audio yang keluar dari amplifier itu hanya menghantar frekuensi rendah kepada subwoofer. Begitu juga untuk isyarat frekuensi lain, sederhana kepada amplifier yang anda khaskan untuk woofer/mid dan frequency tinggi untuk tweeter.

Memasang Cable Bawah Karpet
Jika anda rasakan perlu membuat pewayaran yang baru, mengantikan wayar sedia ada dengan wayar yang lebih baik, anda perlu tanggalkan kerusi kereta dan bawa ia keluar. Ini memudahkan kerja anda. Kerusi depan pemandu dan penumpang biasanya mempunyai 4 skru, satu di setiap sudut kerusi. Biasa menggunakan skru bersaiz 14mm. Gunakan spanar soket untuk membuka skru ini. Hati-hati semasa mengeluarkan kerusi dari kereta. Di bawah kerusi terdapat braket besi yang boleh mencalarkan panel interior kereta anda jika tidak cermat.

Setelah keluarkan, jolokkan wayar di bawah karpet hingga sampai ke lokasi terminal tanpa perlu keluarkan karpet. Jika jarak dari satu hujung ke lokasi terminal agak jauh, anda boleh gunakan alat seperti dawai untuk membawa wayar keluar ke terminal.

Pasang semula kerusi setelah selesai. Langkah yang sebaiknya ialah anda test dulu sebelum memasang semua peralatan asal supaya anda tak perlu buat 2 kali kerja.

Pemalsuan Label Kuasa Watt Amplifier
Jangan mudah terpedaya dengan berbagai kaedah penipuan jumlah Watt yang dipasarkan. Kebanyakan amplifier buatan China mereka tidak malu untuk meletakkan kemampuan kuasa sehingga 1200W padahal kuasa maksimum sebenar hanyalah antara 150W hingga 300 Watt sahaja. Ini boleh disaksikan dalam banyak review yang ditunjukkan di Youtube. Untuk mendapatkan amplifier dengan kuasa 1000 Watt yang sebenar, harganya mencecah ribuan ringgit, bukannya RM150 seunit.

Strategi Pemasaran
Ada amplifier yang mempunyai berbilang channel, contohnya kuasa untuk 1 channel ialah 250Watt dan amplifier itu mempunyai 4 channel, maka ia dilabel sebagai 1000Watt, iaitu jumlah watt untuk semua channel digabungkan.

Jika anda hanya guna 2 channel sahaja, anda hanya ada 500Watt sahaja -  bererti anda membelanjakan wang yang lebih untuk kelebihan yang anda tak gunakan, kecuali anda berniat untuk menaik taraf di masa hadapan. .

1 channel mempunyai 2 terminal iaitu positif dan negatif. Jika amplifier anda mempunyai 2 channel, ia mesti mempunyai 4 terminal dan 4 channel mempunyai 8 terminal.

Amplifier 4 Channel


Kelebihan membuat wiring sendiri, anda dapat pastikan sambungan wayar dibuat dengan kemas, tak selerak dan mudah dikenalpasti untuk kegunaan di masa akan datang.  

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan wiring A/V kereta, sila komen di bawah. Insyaallah saya akan membantu sekadar termampu.  


Tips: Untuk mengelak bunyi bising, kedudukan dan jenis sambungan wayar grounding adalah penting. Pastikan ia kukuh dan kedudukan jauh dari enjin. Jika anda gunakan RCA jack menghubngkan kepada amplifier, pastikan jarak wayar RCA dengan wayar lain dalam sistem kereta berada tidak kurang dari 5 atau 6 inci. 

Jika anda mahu menguji dengan multimeter sama ada terdapat arus atau tidak, halakan kepada DC 50V, pusing kunci kereta ke posisi "ON" dan ON suis untuk peralatan yang ingin diuji, gunakan terminal positif pada multimeter (warna merah) untuk terminal positif pada peralatan dan terminal negatif pada multimeter (hitam) untuk mana-mana bahagian logam body kereta (chasis).  



Friday, August 21, 2015

Karaoke Muzik Keras Khas Untuk Metalheads & Headbangers

Metalheads biasanya kalau diajak pergi karaoke, memang mereka tak akan jejak ke pusat kaaoke kecuali kalau diajak oleh awek (ini cerita lain...). Mereka tau mereka hanya akan temui banyak lagu Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Faizal Tahir, Alleycats, Aris Ariwatan atau hampir semua lagu pop dangdut tema putus cinta yang sering dinyanyikan di majlis kenduri kahwin. Ini sangat mengecewakan peminat muzik thrash metal yang sukakan muzik keras tapi tak dapat menyanyikan track kegemaran mereka. Bagi yang suka layan seorang sambil menyanyi mengikuti lirik, mereka tak akan jumpa track karaoke atau minus one lagu Metallica, Megadeth dan seangkatan dengannya di mana-mana pusat karaoke dalam Malaysia ni. Percaya la cakap saya. Kalau ada pun, mungkin track Enter sandman atau Nothing Else Matters.

Tapi kali ini, zaman dah berubah. Teknologi makin berkembang dan yang bagusnya, track yang digunakan untuk demo dan track asal semasa recording sebelum atau selepas mixing dah boleh didapati di Youtube dan ia boleh dijadikan minus one atau untuk anda karaoke. Yang menariknya, bukan saja anda dapat download muzik penuh tanpa vocal, malah ada juga yang melenyapkan bunyi alat muzik tertentu seperti gitar bass, gitar rhythm atau malah bunyi drum. Dan yang terbaik sekali, muzik latar ini menag yang asal dimainkan oleh pemuzik asal, sama seperti mana anda dengar di dalam album studio.

Bagi yang tahu bermain alat muzik seperti gitar, anda boleh download track tanpa bunyi gitar rhythm atau lead dan bayangkan anda boleh "jam" bersama Metallica atau band kegemaran anda. Saya sebagai pemain gitar kedua biasanya download track yang mengandungi drum, bass, vocal dan lead dimana saya akan mengambil posisi sebagai pemain gitar rhythm dan "jamming" di dalam bilik di rumah saya di tengah malam menggunakan Amplug jenis jenama Vox tanpa mengejutkan jiran saya. Alat ini menggunakan 2 bateri AAA dan disambungkan ke earphone. Hanya saya seorang sahaja yang dapat mendengar muzik keras dan bising di malam buta di waktu orang lain sedang tidur nyenyak dibuai mimpi.



Anda search sahaja di youtube, kalau nasib anda baik, anda pasti akan jumpa. kalau muzik instrumental tanpa vocal mudah didapati. piih album apa yang anda mau, download dan burn ke dalam CD. kemudian bawa ke pusat karaoke, minta pemilik karaoke mainkan CD audio tanpa vokal yang anda bawa atau kalau ada karaoke yang menyediakan kemudahan port USB, ia lebih mudah. save dalam thumbdrive, tak perlu CD. cucuk thumbdrive ke port USB dan play. nyanyi sepuas hati tanpa perlu memilih lagu-lagu yang ada dalam hard drive pusat karaoke.

berikut antara link youtube untuk track album penuh tanpa vocal yang anda boleh download dan nyanyilah sepuas hati anda. kini karaoke bukan lagi exclusive untuk lagu kenduri kahwin, pop ballad atau dangdut lagi. kini kaki metal dah boleh karaoke dengan track kegemaran mereka. selmat mencuba.....!

Metallica - Master of Puppets



Metallica - Ride The Lightning 

megadeth - Rust In Peace (3 bah) 

dan banyak lagi.....kena rajin search

Thursday, August 13, 2015

Perkara Tentang Lensa Yang Pengeluar Tidak Mahu Anda Tahu

Apa yang akan anda baca di bawah ini bakal membuka minda anda yang mungkin selama ini tiada idea tentang pelbagai jenis lens yang ada di pasaran. Harap anda luangkan sikit masa membaca. 

Ramai jurufoto yang begitu teruja dengan lens dengan aperture besar seperti f/1.2 atau f/1.4. Ada pula istilah 'meracun' kononnya siapa yang miliki lens ini boleh berbangga dengan lens yang dimiliki dan tidak kurang yang mencemburuinya. Ada yang anggap mereka yang miliki lens ini dah boleh dipanggil 'sifu' atau 'pro'. Sebenarnya si pemilik dan yang menggelar tak mengerti apa yang mereka perkatakan. Setiap jenis lens dibuat untuk tujuan atau tugas yang tertentu. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi kelebihan atau kekurangan sesuatu lens iaitu focal length, maximum aperture, glass quality, build quality, jenis kamera yang digunakan dan akhir sekali sudah pasti jurufoto itu sendiri. Di sini, saya tidak mahu menyentuh tentang seseorang jurufoto itu pro atau tidak. Saya akan lebih menumpu kepada perbincangan berkenaan lens sahaja.

Faktor-faktor di atas sebenarnya adalah petunjuk untuk memberitahu kita sejauh mana benar semua lens dengan aperture besar adalah dalam kategori pro.

Saya nak terangkan apa perbezaan di antara lens sebegini. Ia tidak diberitahu oleh pengeluar lens kerana mereka tidak suka anda tahu tentangnya. Selepas membaca artikel ini, persepsi anda terhadap lens amatur akan berubah dan anda tidak lagi memandang rendah kepada lens amatur yang mempunyai aperture yang lebih kecil seperti f/3.5 atau f/5.6.

Sebagai contoh, lens 50mm f/1.4 sebenarnya akan menghasilkan kualiti imej yang hampir sama dengan 100mm f/2.8 jika anda mahu mengambil foto yang serupa. Matematiknya mudah saja. Anda bahagi atau darab focal length dan maximum aperture.

50mm x 2 = 100mm
f/1.4 x 2 = f/2.8

f/1.2 x 2 = f/2.4

Namun ada sedikit perbezaan dari segi background compression. Background compression bermaksud sudut pandang dan pembesaran latar belakang subjek yang termasuk ke dalam frame. Jika anda menggunakan lens 50mm, sudut latar belakang akan lebih luas dan ia kelihatan lebih jauh berbanding lensa 100mm. Ini bermaksud lens 100mm akan zoom latar belakang subjek dan kelihatan lebih dekat di dalam gambar walaupun subjek anda serupa dengan lens 50mm dengan syarat jarak fizikal anda dengan subjek adalah 2 kali jarak anda mengambil gambar dengan lens 50mm. Jika dengan lens 50mm, jarak fizikal anda dengan subjek adalah 10 meter pada aperture f/1.4, anda mesti berada pada jarak 20 meter untuk mengambil gambar yang serupa dengan lens 100mm pada aperture f2.8.

Jika anda menggunakan lens 100mm f/2.0, blur quality adalah lebih baik berbanding lensa 50mm f/1.4 atau 50mm f/1.2.

Berdasarkan pengiraan di atas, anda boleh buat rumusan seperti di bawah:


Bokeh

Perbezaan bentuk bokeh disebabkan jumlah bilah aperture
Ramai tak mengerti kenapa mereka kata bokeh itu cantik. Sebenarnya bokeh tak perlu cantik, Ia hanya perlu soft. Ia diperlukan untuk memisahkan subjek dari background atau foreground. Kerana itu bokeh itu juga memainkan peranan dalam sesuatu gambar. Bokeh boleh melenyapkan atau mengkaburkan background tapi ia tidak selalunya perlu terlalu soft, Ada kalanya bokeh tidak perlu terlalu kabur atau blur untuk menunjukkan background atau foreground sebagai secondary element. Bukan semua gambar memerlukan bokeh. Contohnya gambar landscape selalunya tidak memerlukan bokeh.

Tapi lens yang berkualiti akan menghasilkan bokeh yang bulat pada pelbagai aperture sama ada f/1.2 hingga f/22. Bagaimana bokeh boleh menjadi bulat pada f/22 ? Ia disebabkan jumlah aperture blade (bilah aperture) yang banyak - contohnya 15 atau 20 bilah. Jika anda susun 6 batang pensil dalam bentuk bulatan dan tinggalkan ruang di tengah, anda akan dapat bentuk segi enam. Tapi bila anda susun berpuluh-puluh pensil, di tengahnya hampir membentuk bulatan.

8 bilah aperture hasilkan bokeh segi lapan pada f/22

15 bilah aperture hasil bokeh hampir bulat
Dari segi teori matematik, bokeh untuk lens 100mm f/2.0 adalah lebih baik berbanding lens 50mm f/1.2 dan f/1.4 walaupun semua lens ini memiliki jumlah bilah aperture yang sama iaitu 8.

100/2 = 50mm
f/2.0/2 = f1.0
Jadi, jika anda sedang berkira-kira untuk memiliki lens 50mm f1.4, saya cadangkan anda pilih 100mm f/2.0 atau 85mm f/1.8. Cuba buat perkiraan untuk 3 jenis lens berikut:
  1. 50mm f/1.4
  2. 85mm f/1.8
  3. 100mm f/2.0
Anggap semua lens ini berada pada focal length 50mm. 
  1. 1.4 / 50mm x 50 = 50mm f/1.4 (jarak subjek 5 meter)
  2. 1.8 / 85mm x 50 =  50mm f/1.0 (jarak subek 8.5 meter)
  3. 2.0 / 100mm x 50 =  50mm f/1.0 (jarak subjek 10 meter) 
Ini bermakna lens 85mm f/1.8 dan 100mm f/2.0 akan menghasilkan kualiti yang lebih baik pada focal length 50mm (atau lebih tepat jarak subjek 8.5 meter dan 10 meter) iaitu f/1.0 berbanding f/1.4 (walaupun lens ini sebenarnya fix prime lens pada 85 dan 100mm). Di sini, anda sudah boleh buat pilihan sama ada mahu memiliki 50mm atau 85mm atau 100mm. Semuanya bergantung kepada penggunaan anda sendiri. Sama ada anda suka zoom yang lebih panjang atau sederhana. 
50mm f/1.4 < 85mm f/1.0 = 100mm f/1.0  
Kalau saya, saya akan memilih seperti berikut:   
  • 85mm + 135mm + 200mm lens prime
atau 
  • 85mm + 100mm + 200mm lens prime 
Anda patut gembira memiliki lens 85mm f/1.8 atau 100mm f/2.0 berbanding 50mm f/1.4.
Tapi kelemahan apabila anda berada dalam ruang yang kecil dan anda tidak boleh mengundur ke belakang lagi. Pada masa itu, anda memerlukan 50mm.


Sharpness

Dari segi sharpness, semua orang tahu bahawa lebih besar aperture, lebih kecil depth of field. Ini bermakna lens 50mm f/1.2 lebih banyak bahagian dalam yang out of focus berbanding lens 100mm f/2.0. Saya bukan mengatakan lens 50mm ini tidak sharp secara overall, tapi gambar anda kurang focus pada aperture 1.2.


Perbezaan Harga

Jadi, kenapa lens 50mm f/1.2 jauh lebih mahal berbanding 100mm f/2.0?

Seperti yang dikatakan awal tadi, setiap lens dibina untuk tujuan tertentu. Contohnya Canon mempunyai lens 50mm f/1.2 yang lebih mahal kerana ia dibuat untuk ketahanan, untuk subjek pada jarak dekat, diperbuat dari material berkualiti tinggi yang digelar 'L' lens. Kerana ketahanannya, lens ini terbukti bertahan terhadap pelbagai jenis cuaca panas atau sejuk dan ada yang telah memasukkannya ke dalam air panas yang sedang mendidih tapi masih boleh berfungsi dengan baik. Kos pembuatan dan jenis bahan yang digunakan membuatkan lens ini jadi lebih mahal.


Lens Amatur vs Pro

Saya ambil contoh 2 jenis lens. Satu ialah Canon EF100mm f/2.8L IS USM macro dengan Canon EF135mm f/2.8 Softfocus.

Lens pertama menggunakan ultrasonic motor dan dibina untuk tahan cuaca (weather-proof). Juga dilengkapi Image Stabilizer (IS) dan dibuat untuk macro photography, boleh fokus dari jarak yang lebih dekat.

Lens kedua pula menggunakan Arc Form Drive (AFD) motor, teknologi autofocus lama Canon yang berbunyi bising dan motor fokus yang perlahan. Ia tidak dibuat untuk macro photography. Lens ini dinamakan siri Soft focus bukan bermaksud ia tidak sharp, tapi ia dilengkapi fungsi yang boleh menjadikan gambar kelihatan soft tanpa perlu edit di komputer. Jika anda disable fungsi ini, ia berfungsi seperti lens yang lain.

Dari segi bokeh dan subjek, kedua-duanya adalah sama jika anda menggunakan 100mm pada jarak 10 meter dan 135mm pada jarak 13.5 meter dari subjek. Perbezaan yang ketara ialah background compression kerana 135mm zoom latar belakang lebih dekat. Perlu diketahui bahawa 100mm macro mempunyai 9 bilah aperture manakala 135mm Soft Focus hanya 6 bilah. Maka bentuk bokeh berbeza jika anda stop down aperture melebihi f/2.8. Dari segi sharpness, mungkin ada sedikit perbezaan yang tak begitu ketara kerana kedua-duanya dari kualiti glass yang berlainan. L lens lebih baik tapi jika anda print gambar pada saiz 4R atau 8x12in, anda tak akan nampak perbezaan. Tapi 135mm lebih baik dari pada chromatic abberation. 135 sebanyak 6µm manakala 100mm macro ada 11µm. 5µm mewakili hampir 1pixel pada sensor kamera.  Lihat perbandingan dalam chart yang disertakan di bawah. Kedua-dua lens menggunakan kamera yang sama iaitu Canon 6D.

Perbezaan kualiti imej pada kamera yang sama. Klik untuk besarkan.
Oleh kerana ramai menilai lens yang mempunyai aperture besar sebagai 'pro', di sini saya nak jelaskan mengapa ia persepsi yang silap. Bukan semua lens pro mempunyai aperture besar. Ada lens dalam kategori pro mempunyai maximum aperture f/4 dan f/5.6. Contohnya, Canon EF17-40mm L USM. Aperture maksima ialah f/4. Canon EF70-300mm L USM pula aperture maksima ialah f/4-5.6. Tapi ia boleh menandingi EF100mm f/2. Bezanya dari segi fizikal amat jelas. Aperture f5.6 pada lens ini sebenarnya mempunyai bukaan aperture (blade opening) yang lebih luas berbanding 100mm f/2.0. Sebab itu saiz diameter lebih besar. Jika ada masa terluang, saya akan terangkan tentang saiz bukaan aperture ini.

300mm f/5.6 = 100mm f/1.86
Bokeh 300mm f/5.6 USM lebih baik dari EF100mm f/2 USM untuk subjek yang serupa pada framing yang sama.
Kelemahan f/5.6 adalah dari segi jumlah cahaya yang masuk ke dalam sensor. Anda perlu shutter speed yang lebih perlahan atau sensitiviti (ISO) yang lebih tinggi untuk mendapatkan pencahayaan yang baik.  


Aperture Blade 
Untuk memilih lens yang mempunyai bokeh yang soft walaupun anda stop down kepada f/5.6 atau f/8, anda harus mencari lens yang mempunyai jumlah bilah aperture sebanyak 9 dan ke atas. Tetapi biasanya ia lebih mahal berbanding lens yang mempunyai 5 atau 6 bilah aperture. Tapi jika anda selalu menggunakan maksimum aperture, contohnya f/1.2 atau f/2.8, anda tidak perlu pertimbangkan jumlah bilah aperture kerana setiap lens pada maximum aperture menghasilkan bokeh yang bulat.

Lens 50mm Plastik Fantastic!

Bolehkah saya kata lens 50mm f/1.8 sebagai lens pro? 

Sebenarnya pro juga menggunakan lens ini jika mereka mahu jimatkan wang atau tak mahu bawa beg kamera yang berat. Tidak ada istilah pro atau amatur bila ia diperlukan. Lens Canon EF50mm f/1.8 II hanya seberat 160gram berbanding 590gram berat EF50mm USM f/1.2L.

Canon EF50mm f/1.8II mempunyai 5 blade. Bokeh akan bulat bila aperture dibuka maximum tetapi apabila stop down anda akan lihat bokeh berbentuk 5 segi.

Bokeh hampir bulat pada f/2 lens 50mm
Bokeh sudah hampir kelihatan segi lima pada f /2 . 2 pada lens 50mm 5 blade
Kadangkala saya terpaksa membuat pilihan lens apa yang perlu dibawa mengikut jenis tugasan. Bila tugas mengambil gambar-2 acara resepsi perkahwinan, saya tinggalkan lens yang berat, cuma bawa wide angle, standard zoom lens, amatur telefoto lens iaitu 100-300mm f/4.5-5.6 USM dan 50mm plastic fantastic.

Lens Canon EF100-300 f/4.5-5.6 USM boleh menghasilkan bokeh yang lebih baik berbanding lens 200mm f/4.0 pada focal length 300mm. Malah ia juga menggunakan motor Ultrasonic.

5.6/300 x 200 = f/3.7
5.6/300 x 100 = f/1.8 
------------------------------------------------------------------------

Foto di atas diambil dengan lens Canon EF100-300mm f/4.5-5.6 USM pada aperture f/6.3 dan focal length 240mm dengan kamera Canon EOS 50D. Kerana gambar ini zoom sehingga 240mm pada kamera dengan crop factor x1.6, anda masih nampak bokeh di background. Jika convert kepada 85mm, ia menghasilkan imej seperti 85mm f/2.2. Seperti diperkatakan sejak awal, focal length yang berbeza menghasilkan background compression yang berbeza. 
f/6.3 / 240mm x 85mm =  f/2.2
Persamaan dengan 35mm fullframe:
f/6.3 / 240mm x 85mm x 1.6 crop factor = f/3.6 

Semasa sesi outdoor, saya tinggalkan wide angle dan lebih kepada prime lens. Ada kalanya saya bawa juga wide angle bila saya rasakan perlu. Tapi saya pernah bawa semua jenis lens dan 3 kamera dslr di dalam 3 beg kerana semua lens itu saya rasa saya perlu gunakan untuk tugasan khas itu.

Ia memenatkan dan menyukarkan bila bekerja seorang diri tanpa pembantu. Tapi ia bukan selalu.

Adakah Anda Perlukan Kamera Fullframe?

Kalau anda ingin menghasilkan gambar dengan kualiti bokeh yang lebih baik dari yang dihasilkan dari kamera fullframe, anda perlukan lens yang lebih baik. Contohnya, jika kamera fullframe dengan lens 200 f/2.8, anda perlukan lens 300mm dengan aperture f/2.8. Jika kamera fullframe dengan lens 70mm f/2.8, anda perlukan lens 100mm pada aperture f/2.0.

Fullframe: 
2.8 / 200 = 0.014  
0.014 x 200 = f/2.8
x 1.6 crop:   
2.8 / 300 x 1.6 crop factor = 0.014  
0.014 x 200 - f/2.8
Fullframe: 
2.8 / 70mm = 0.04
0.04 x 70 = f/2.8  
x1.6 crop: 
2.0 / 100mm x 1.6 crop factor = 0.032
0.032 x 70 = f/2.2 

Jika anda tahu bagaimana membuat kiraan dan sedar tentang ini, anda tidak perlu keluarkan wang yang lebih untuk memiliki kamera fullframe. Dari segi kualiti bokeh, anda masih boleh menandingi fullframe. Tapi dari segi sharpness, anda perlu bekerja lebih keras menggunakan software seperti Adobe Photoshop untuk menandingi fullframe.


Rumusan

Jadi, sebelum anda mudah terpedaya dan tidak tahan dengan godaan, sebelum membelanjakan wang beribu-ribu ringgit untuk memilik berbagai jenis lens tanpa anda sedar anda akan dapat result yang serupa, lebih baik anda buat perkiraan tentang tujuan anda menggunakan dan kelebihan serta kekurangan yang ada pada setiap jenis lens yang ada di pasaran.

Contohnya, anda tidak perlu mengeluarkan wang sehingga 4 atau 5 ribu untuk memiliki dua lens 50mm f/1.4 dan 85mm f/1.8 kerana kedua-duanya tak jauh berbeza dan boleh menghasilkan result yang serupa dengan sedikit olahan dalam teknik mengambil gambar. Jika anda tak kisah tentang USM atau sedikit chromatic abberation, anda patut ada 50mm dengan 100mm 2.0  atau 135mm 2.8 sudah memadai. Bukan dengan 85mm. Kecuali anda wang yang banyak dan tak tahu ke mana hendak dibelanjakan. Kadang-2 melihat seseorang memiliki pelbagai jenis lens yang hampir sama tugasnya menampakkan kejahilan seseorang itu dalam memilih aksesori dan membelanjakan sesuatu yang tidak perlu. Kecuali anda memang kaya.

Berikut beberapa perkara lain yang perlu anda ketahui dalam memilih lens;

Lens 50mm f/1.2, 50mm f/1.4, 50mm f/1.8 menghasilkan result yang serupa jika anda set kesemua lens pada aperture f/1.8 menggunakan kamera yang sama. Mungkin ada sikit perbezaan yang tidak begitu ketara dari segi sharpness, contrast dan lain-lain. Background compression dan bokeh juga sama kerana ketiga-tiga lens ini adalah 50mm dan gambar diambil pada jarak subjek yang sama. Kecuali anda ubah jarak dan posisi anda mengambil gambar.   
Sweet Spot
Semua zoom lens ada titik aperture tertentu dimana imej akan lebih sharp dipanggil "sweet spot". Contohnya, lens 18-55mm f/3.5-5.6, sweet spot pada focal length 18mm adalah antara f/7.1 - f/8. Pada focal length 55mm, sweet spot adalah f/11. 
Fokus di tengah, out of focus di penjuru
Lens macro biasanya sharp pada maximum aperture (contoh: f/2.8) di seluruh gambar dan blur pada minimum aperture (contoh: f/22) di 4 penjuru gambar tapi sharp di tengah.  
Aperture blade tidak ada kaitan dengan distortion.
Vignette 
Aperture maksimum boleh memberi kesan vignet kepada gambar.  
Jumlah bilah aperture memberi kesan kepada bentuk bokeh 
Distortion
Focal length memberi kesan kepada distortion. Lebih pendek focal length, lebih banyak barrel distortion. Lebih panjang focal length, ia beri kesan berlawanan kepada barrel distortion dipanggil pincushion distortion.
Anda perlu tahu pengiraan matematik tentang sesuatu jenis lens sebelum membuat keputusan untuk membeli. Dari sana, anda sudah dapat membuat anggaran sejauh mana prestasi dan kebolehan serta kekurangan lens itu. Kalau ada lens yang benar-benar hebat dan tak boleh dipertikaikan, adalah lens seperti dalam gambar di bawah ini. Lens ini layak digelar sebagai "bokeh monster". 
Canon EF85mm f/1.2 L USM

Canon EF135mm f/2 L USM


Sigma 200-500mm f/2.8

Jika ada masa nanti, saya akan jelaskan kenapa ada lens filter diameter besar ada yang kecil.

Jika anda ada sebarang pandangan yang berbeza dan tidak setuju dengan tulisan saya ini, anda boleh email kepada saya di milmercs@gmail.com atau kemukakan bukti serta perkiraan saintifik yang boleh membuktikan pandangan anda. Terima kasih.